Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Ampangan diasaskan sebagai Sekolah
Menengah Rendah King George V yang kedua atau ringkasnya KGV
2 pada bulan Januari 1969. Guru Besar pengasasnya ialah Encik
Maurice Chye Shuck San. Buat permulaannya, sekolah ini telah
menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana di sebelah petang.
Oleh
kerana bertambahnya bilangan murid maka pada tahun 1971
hingga 1972, sekolah ini telah terpaksa menumpang di bangunan
Maktab Perguruan Harian (D.T.C) Seremban atau sekarang dikenali
sebagai Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban. Bagi murid
tingkatan satu dan peralihan, telah menumpang di Sekolah
Menengah Dato Sheikh Ahmad di sebelah petang.
Pada
bulan Jun 1972 barulah bangunan yang ada sekarang siap dan
semuanya telah berpindah ke bangunan baru di Ampangan. Pada
masa itu bangunan sekolah terdiri daripada 12 bilik darjah
, 2 buah makmal, kantin, Blok Seni Perusahaan dan Makmal
Sains Rumahtangga. Waktu persekolahan pula dibahagikan kepada
dua sidang iaitu sidang pagi dan petang.
Pertambahan
murid semakin dirasakan dari setahun ke setahun. Oleh itu,
pada tahun 1975 Kementerian Pendidikan membina bangunan
tambahan berupa makmal Sains dan Perpustakaan. Pada tahun
1978 dibina lagi bangunan tambahan untuk makmal Sains dan
bilik guru serta bilik darjah. Pada tahun 1980 dimulakan
kelas tingkatan 6 sastera.
Seterusnya
bangunan tambahan untuk KBSM dan Surau sekolah telah dibina
dalam tahun 1986. pada tahun 1991, sebuah bangunan baru
tiga tingkat yang mengandungi 14 bilik darjah telah dibina
untuk menampung pertambahan pelajar.
Pada
27 Oktober 1979 upacara perasmian sekolah telah dilakukan
oleh Yang Amat Berhormat Dato' Rais Yatim selaku Menteri
Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Dengan perasmian tersebut,
nama sekolah inti telah bertukar daripada Sekolah Menengah
King George V (2) kepada Sekolah Menengah Seri Ampangan
dengan pengetua barunya Encik Mohd Zain bin Rais. Sejak
tarikh itu dan peristiwa tersebut Sekolah Menengah Seri
Ampangan tetap dengan namanya hingga sekarang.