Pada
tahun 2000 bangunan tambahan 4 tingkat telah didirikan untuk
menempatkan kelas, Pusat Sumber Sekolah, Bilik ERT, Kantin,
Bilik SPBT, Bilik Reka Cipta , Bilik Lukisan Kejuruteraan
dan Dewan Kuliah.
Manakala
pada tahun 2001 bangunan tambahan ICT telah siap digunakan
dan pada tahun 2003 penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran diperluaskan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains di semua kelas tingkatan 1 dan tingkatan
6 rendah. Malah pada tahun ini semua warga sekolah boleh
mengakses Internet di mana - mana sahaja secara "wireless"
dan kemudahan "broadband streamyx" yang menjanjikan
penerimaan dan penghantaran data yang pantas dan lebih murah
berbanding talian ISDN sebelum ini. Dengan adanya kemudahan
tersebut diharap dapat melahirkan warga sekolah celik IT.
Selain
itu, sekolah turut mempunyai kemudahan - kemudahan fizikal
dan infrastruktur yang baik seperti Pusat Sumber Sekolah,
Enam buah Makmal Sains, Makmal ICT, Makmal Bahasa, Makmal
Matematik, Bilik Kemahiran Al-Quran, Bilik Sukan, Bengkel
KMT, Bilik ERT, Kamar Perkongsian Pintar, Bilik Seni Lukis,
Bilik PIBG, Bilik SPBT, Bilik Kaunseling, Bilik Pengawas,
Bilik Data/Maklumat, Bilik Unit Penilaian dan Peperiksaaan,
Bilik Guru, Surau, Kedai Koperasi, Dewan Kuliah, Kantin,
Padang Bola Sepak, Gelanggang Tenis, Bola Keranjang, Sepak
Takraw dan Badminton. Kemudahan - kemudahan tersebut dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
kondusif dan memudahkan warga sekolah melaksanakan aktiviti
harian dengan lebih cepat, cekap serta menjimatkan masa
dan tenaga.
 |
surau |
|
 |
bilik SPBT |
|
 |
makmal kimia |
|
|
 |
makmal komputer |
|
 |
makmal matematik |
|
|
 |
bengkel ERT |
|
 |
makmal lukisan kejuruteraan |
|
 |
kamar perkongsian pintar |
|
 |
bilik bimbingan & kaunseling |
|
 |
gelanggang bola keranjang |
|
 |
padang |
|
 |
bilik seni |
|
 |
kantin |
|
 |
makmal bahasa |
|
| |
 |
gelanggang tennis |
|
 |
perpustakaan |
|
|