Segala puji-pujian hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Laman SMK Seri Ampangan ini. Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititikberatkan kerana blogini akan menjadi medium rujukan terhadap segala perancangan dan pelaksanaan program yang telah direncanakan sepanjang tahun.